Sosiologi kejahilan saintifik

 Portal · SejarahSosiologi awam · Penyelidikan sosial
Teori sosial · Teori sosiologi
Amalan sosiologiDemografi · Kriminologi
Pergerakan sosial · Psikologi sosial
Sosiolinguistik · Sosiologi perbandingan
Sosiologi:   agama · budaya
ekonomi · jantina · kerja · lencongan
pendidikan · pengetahuan
penstrataan · politik · sains
undang-undangSosiologi kejahilan saintifik (Sociology of scientific ignorance, SSI ) ialah kajian tentang kejahilan dalam memahami sains dan kejahilan mengenai sains . Cara yang paling biasa untuk melihat kejahilan adalah dengan melihantnya sebagai sesuatu yang relevan, bukannya hanya kekurangan pengetahuan. Terdapat dua topik yang utama dalam penyelidikan SSI: (1) bertumpu pada kejahilan dalam penyelidikan saintifik, (2) berfokus kepada kejahilan awam tentang sains. Sosiologi kejahilan saintifik adalah bidang pelengkap kepada sosiologi pengetahuan saintifik (SSK). [1]Apabila mengkaji kejahilan dalam penyelidikan saintifik, pandangan umum ialah kejahilan boleh digunakan sebagai suatu alat dalam penyampaian ilmu sains. Contoh mengenai perkara ini ialah blackboxing, iaitu suatu tanggapan yang bahawa menyembunyikan bahagian dalaman suatu sistem adalah lebih bermanfaat dari menerangkan segala-galanya. Dengan kata lain, input dan output daripada suatu sistem sahaja yang akan diberikan kepada pengguna.Kajian tentang kejahilan awam terhadap sains memfokuskan kepada: (1) bagaimana kejahilan saintifik boleh menjejaskan masyarakat, (2) pandangan awam terhadap sains, dan (3) perkara yang boleh menimbulkan kejahilan awam terhadap sains. Bidang ini berkaitan dengan pemahaman masyarakat tentang sains.